Kenapa aku tiba2 ingin membuat entry pasal hati yg suka bersyak wasangka....hanya untuk aku melampiaskan kebuntuan kepala otak aku dan mengundang ketenteraman kepada hati aku yg terasa susah kebelakangan ini...Ntahlah..sukar untuk dinyatakan...tiada sesiapa untuk aku luahkan rasa hati yg gundah gulana ini...hanya pada Allah yg Maha Mendengar dan Mengetahui isi hatiku ini...
Susah untuk aku ungkaikan kenapa hati kecil aku nih terasa gundah gulana....terkadang hati terasa susah hanya kerana sekelumit cuma alasan...entahlah..hatiku dan fikiranku selalu tidak seiring...selalu nya mendengar kata hati sebelum menimbangkan dengan akal yang rasional....emosi selalu terganggu...kerana apa? Entahlah...susah untuk aku ungkapkan...
Biarlah aku mencoret di sini tanpa ada sesiapa yg perlu menghakiminya...dan aku tidak perlu dihakimi...kerana aku tahu hatiku...hari tak sentiasa mendung...dan hari juga tak sentiasa terang... selagi bernama manusia ciptaan Allah maka aku tidak terkecuali dari diuji....cuma satu pintaku Ya Allah..jangan lah Kau uji aku dengan ujian yg tidak dapat aku tempuhi....
Kenapa lemah semangat? Lemah semangat dan berputus asa..mungkin kerana kurang nya kepercayaan terhadap Qada dan Qadar Allah yg telah ditentukan semasa kita dalam keadaan janin lagi...telah tertulis dan termaktub perjalanan hidup kita ini...maka setiap kejadian yg berlaku tentu ada hikmahnya dan Allah selalu menguji hambaNya...aku sebagai makhluk yg lemah ini terkadang terasa tiada kekuatan untuk mengharungi dugaan dan cabaran....tp akan tiadakah dugaan dan cabaran? tentulah tidak...hidup sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan...dengan dugaan dan cabaran yg mendatang ini akan menjadikan aku lebih kuat untuk menempuhi masa akan datang...jika masa kini dapat ditempuhi dengan jaya..kenapa perlu takut untuk menghadapinya pada masa hadapan....
Dalam mencari diri..kekadang aku tersesat....maka hanya pada Allah aku berharap kembali kepada jalan yg benar....so...aku cuba nak carik bahan2 yg boleh aku jadikan panduan untuk aku berlapang dada, bersangka baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu....pinjam qoute yg aku dah italic nih from blog faizal yusup...
Gunalah konsep 4P iaitu ;
Pengisian – Carilah pengisian
Pengulangan - Ulang-ulang ikhlas dalam tindakan
Pengukuhan – Cuba lihat keliling akan kebaikan menjadi seorang yang ikhlas
Penerapan – Maka InsyaAllah, Allah akan kurniakan kefahaman dan sifat ikhlas itu dalam hati kita.
Semoga dengan niat untuk memperbaiki diri sendiri ini akan dirahmati Allah hendak nya....Yang baik segalanya datang dari Allah dan yg tak baik itu datang dari aku hamba Allah yg masih ingin memperbaiki diri....